1. Orang yang tidur dalam keadaan berwudhu.
Rasulullah SAW bersabda, “ Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ” Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci ”.
(Riwayat Ibnu Hibban )
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu sholat.
Rasulullah SAW bersabda, “ Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu sholat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘ Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia ’”
(Riwayat Muslim )
3. Orang yang berada di shaf barisan depan berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada shaf–shaf terdepan ”
(Riawayat Abu Daud)















